Sep 4, 2009

Mane telo nye?

Seawal 7.30am warga SKS berkumpul di tapak perhimpunan untuk majlis perasmian Ehya Ramadhan..Walaupun dh masuk 2 mggu kita berpuasa, namun inilah kesempatan yang ada untuk melancarkan program Ehya Ramadhan...

Macam biasa la kalo perasmian mestilah ada potong-potong reben oleh GB. Kemudian ada la persembahan nashid daripada murid2 Tahun 5. Best la jugak xla boring sangat. Ok seterusnya Ceramah Nuzul al-Quran olehUstaz Munir...

Sebenarnya nk highlight kan kat sini ialah isi kandungan ceramah beliau...semasa bermulanya ceramah, cuaca memang dh panas. Tapi apalah salahnya dapat Vitamin E semulajadi gitu xyah amek supplement ln..budak2 dah xtentu arah. Panas dek cahaya matahari yg makin lama makin meninggi..bila dh panas mula la bising...bila dh bising mula la xdengar apa Ustaz nk cakap...jadi ustaz pon bukak satu cerita pasal "telur".Kisahnya begini...(nak tarik perhatian budak2 ni)

Pada suatu hari, si ibu menyuruh anaknya yang bernama Mamat pergi ke kedai membeli telur. Mamat dengan rela hatinya pon pergilah ke kedai untuk membeli telur.....dalam perjalanan membeli telur di kedai, si Mamat ternampak satu kemalangan yang Maha dasyat.Mamat menjadi lupa akan hajatnya ingin ke kedai membeli telur. Mamat berasa amat terkejut, teruja dan berasa ingin melihat dengan lebih dekat lagi kemalangan tersebut..

Setibanya Mamat di tempat kejadian, MasyaAllah Mamat melihat bahagian badan mangsa tercampak di sana sini. Kaki putus, kepala putus, tangan tercampak di tepi jalan, kaki tersepit dalam kereta. Nak dipendekkan cerita suma bahagian badan mangsa dah bergelimpang sana sini....sehinggakan Mamat lupa akan tugasnya ingin membeli telur di kedai. Mamat terus pulang ke rumahnya untuk memberitahu kepada ibunya...


Mamat: Ibu, tadi Mamat nampak satu kemalangan yg dasyat!mamat nampak kaki putus, kepala putus, tangan....bla..bla...bla..

tapi si ibu hanya bertanyakan satu soalan sahaja..
Ibu Mamat: Mane telonye?

Mamat menjawab dengan slumbernya
Mamat:Telo dia mamat xnampakla..

Ibu:????????????



So , moral of the story is jangan la soh Mamat beli telo lagi.

Aug 22, 2009

Lagu best

Mak Chek suka dengar lagu nh!


Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu...

baru posa dh ingat nak raya!

Al kesahnya baru sehari posa teringat pulak raya dulu2....bukan apa rindukan suasana bujang-bujang dulu. best dan seronok sangat kalo hari raya bukan sebab apa. Sebabnya kami sepupu sepapat suka berposing pagi2 raya. Kalo dulu masa kecik2 pagi2 dh p umah Haji Mat. Haji Mat nh dia Banjarian merangkap tok Guru mengaji Mak Chek. Siap mak bekalkan kueh raya dalam pinggan pastu bungkus dalam plastik untuk bagi kepada tok Guru Haji Mat.
Bak kata orang zaman dh maju dunia pun dah berubah. Pagi raya kami sepupu sepapat ada agenda tersendiri. Kami berposing...hahahaha. Mana2 p mesti bawak kemre punya. Antara geng sepupu sepapat yang masih dalam persatuan ini ialah ila (adik Mak Chek), Kak Ija (kakak Mak Chek), Kak Long (bila la nk kawin), Kak Na (ujung tahun nh kawin), bikna (mak menakan pon blom kawin) dan kakmila (baru bersalin 2minggu sudah)...


Eiduladha 2007


Eidulfitri 2008

sumanya sronok!


Eidulfitri 2006


Apalah yang sronok sangat posing nh ye?


Rumah Tok Wan (rumah Tok Wan ke?)


melantak kat umah PakTam pulak.
Apa yang penting ikatan kekeluargaan itu tak akan pernah putus dan tidak akan putus sekalipun kematian atau persengketaan berlaku. Mak Chek pesan pada diri sendiri sesungguhnya kita hidup tidak lama jadi gunakan saat, ruang, masa dan ketika yang ada untuk beramal, menjalani hidup yang gembira dan sentiasa mengingatiNya.

Raya tahun nh nk pakai baju apa ek?

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers