Jul 31, 2009

Harry Potter & The half Blood Prince

Summary

Set Hogwarts School digunakan untuk kali terakhir. Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson memakai baju 'sekolah' mereka buat kali terakhir. Ape pulak yg diorang akan pakai semasa sequel yang berikutnya nanti? Hmmm..ntahla..oklah..Mak Chek story ckit pasal citer ni..

Tahun keenam Harry Potter di Hogwarts ternyata merupakan detik paling best bagi harry potter. Ketibaan seorang guru baru di Hogwarts, Horace Slughorn, menambah perasa dalam kehidupan harry potter di Hogwarts.Harry potter telah terjumpe satu buku Potion (magik) lama yang dipunyai oleh seorang yang penuh dengan misteri iaitu Half-Blood Prince. Buku tu telah mengajar potter bagaimana untuk memperbaiki sihirnya dan juga menambah kekuatan sihirnya.Potter juga telah mendapat ajaran istimewa daripada Professor Dumbledore dimana dia telah mempelajari rahsia kegelapan Voldemorts dengan harapan dapat mencari jawapan untuk mengalahkan Voldemort yang mepunyai kehidupan yang abadi.

Harry juga perlu mencari Horcruxes dimana rahsia Voldemort berada.Harry juga jadi lebih stress dengan aktiviti mencurigakan Draco Malfoy yang selalu curi-curi keluar. Harry berpendapat Malfoy menghubungi Voldemort (memang btul pun). Harry jadi obsessed nak tahu ape yang Malfoy rancangkan dan telah menghentikan rancangan Malfoy itu.Walaupunbegitu, Harry dan rakan-rakan dia masih menjalani kehidupan harian, sibuk dengan kerja sekolah, bermain Quidditch (Harry jadi ketua pasukan) serta berkasih (jiwa remaja..biaselah..=p). Ron pun dah ade awek yeng bernama Lavender Brown yang merupakan pelajar Gryffindor menyebabkan Hermione tidak senang hati aka jealous.

Persahabatan Hermione dan Ron mengalami berbagai cabaran sepanjang tahun persekolahan dan Harry, seperti biasa, tersangkut ditengah-tengah. Harry menghadapi satu dilema percintaan: dia mula sedar yang dia jatuh hati kepada kakak kawan baiknya, Ginny Weasley, yang malangnya sedang berkasih dengan kawan sekelasnya, Dean Thomas. Harry gila bayang kepada Ginny dan hubungan Ron yang lucu dengan Lavender memberikan cerita ini satu dos besar sebuah kehidupan realiti.Harry telah dilumpuhkan dan disembunyikan menggunakan Jubah Lutsinarnya sendiri oleh Malfoy, tetapi berjaya diselamatkan oleh Luna Lovegood dengan mencari Harry menggunakan Spectrespecs.

Kemuncak kuasa kegelapan Voldemort jelas akan berlaku. Kemuncak penuh aksi pasti akan buat anda tergamam dan tidak dapat dielakkan, membuktikan bahawa anda harus berjaga-jaga untuk mempercayai semua orang yang anda fikir adalah baik serta membuktikan bahawa bukan semua orang dapat meneruskan hidup.Ending citer ni berakhir dengan kematian seorang yang sangat penting kepada Harry. Iaitu Dumbledore.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)Jalan citer ni penuh dengan aksi licik dan peperangan yang hebat. Ending boleh nak agak. Lagi-lagi sesiapa yang dah baca novel ni yang dah pun diterbitkan pada tahun 2005 lagi.Ending citer ni Dumbledore telah mati dan semua org jahat berpesta sebab tiada siapa lagi yg akan tolong Harry untuk mengalahkan Lord Voldermort.

Jul 22, 2009

Cikgu Bm jadi Gila

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!


Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!


Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!


Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Kelebihan ayat ke-58 surah yasin ..........

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "
SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu,
Insyallah dengan izin yang maha Esa dan maha Kuasa semua hajatmu akan dikabulkan. Jika
boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa- dosaku dan saudara-maraku.

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam.

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.

7)YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..
AMINnnnn.

Jul 14, 2009

Adding new list Ustazah Mastura

Arinih Ustazah Mastura baru stat membelog....silalah melawat belog baru kakmas
tuh... smangat belajo kakmas nye.. masturazak.blogspot.com

bola ke bala?

Nak dijadikan cerita arinh ada exam kat sks. Bebudak tahap 1 & 2...untuk tahun 6 selamat menempuh peperiksaan Percubaan UPSR..Semoga kalian berjaya.
K untuk cek egu nya pulak terutamanya ckgu praktikum jgn lupa sabtu nh ada Kejohanan Bola Jaring. mulanya Cek Egu Nana je yg kena sbb dia cek egu kelab bola jaring, alih2 cek egu Bola Baling pon kena...hahahah mmg bala (Mak Chek la tu). Adat la org kata cek egu praktikum mmg hot hot suma asal ada keja ari cuti mesti kena punya lah..kompem.
Ni lah dia faktor2 yang membawa kepada level ke"rentung"an kulit aku yg dh mmg tggi..ape lah sronok sngt menyuruh kteorg nh? to me and my fren:moral valuenya jgn suka melepaskan kerja kita kepada org lain. Ingatlah gaji yang anda dapat itu mungkin tidak berkat dek suka memberi pelbagai alasan dan sebab apabila diberikan kerja. Bukan ke apabila kita permudahkan urusan seseorang, kelak urusan kita pula yang akan dipermudahkan?bak kata nabil, lu pikir la sendiri.
K next cerita mungkin ptg nh Mak Chek nk g jumpa Dr G kat trolak. Makngah ajak g jmpa kak G sbb bdn Makngah xbrapa sihat...kebas separuh badan...
Rasanya tu je la untuk kali nh....

Jul 3, 2009

Perlok Recreational C_____ Camp, Sungkai

esok, makchek ngan cek egu Nana akan berangkat ke PRCC bersempena mengiring bebudak Year 6 bercamping ala2 seminar jwp soalan UPSR..jangkaannnya kol 7 bebudak kena kumpol kat sks kiteorg pon sama la. sbb xtau jalan....tp dr Shell Sungkai xjauh dalam 3.5 km je.

yang best nye nti ada flying fox.haaaa kena try nh.mcm best,sbnrnya nk sronokkan hati sbb time cuti pon kena keja.baru ingat nk blik nilai...alih2 kna p camping plak.
arini mak Chek dh abis klas ngajo, so buat la skit raflection. ni la reflection nya.kalo la guru beso nampak mak chek kat sni mampuih den...

nak hidup pandai2 le...dh ada kmudahan kita guna je le. kat sni agak ramai cek egu berusia. jadi, deme xdele gne benda mentenet nh ataupon mgkin deme banyk kroje sngt smpai xsempat nk mentenet...mgkin jgk...
pape pon nti mak chek wat reflection after blik dr PRCC. Guru Beso kate bleh mkn dereyan free kat dlm kem tu...hmmm interesting.tp aku bkn mnt sngt pon mkn dereyan...
daaaaaaaaaaaaaaaa...

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers