Jul 31, 2009

Harry Potter & The half Blood Prince

Summary

Set Hogwarts School digunakan untuk kali terakhir. Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson memakai baju 'sekolah' mereka buat kali terakhir. Ape pulak yg diorang akan pakai semasa sequel yang berikutnya nanti? Hmmm..ntahla..oklah..Mak Chek story ckit pasal citer ni..

Tahun keenam Harry Potter di Hogwarts ternyata merupakan detik paling best bagi harry potter. Ketibaan seorang guru baru di Hogwarts, Horace Slughorn, menambah perasa dalam kehidupan harry potter di Hogwarts.Harry potter telah terjumpe satu buku Potion (magik) lama yang dipunyai oleh seorang yang penuh dengan misteri iaitu Half-Blood Prince. Buku tu telah mengajar potter bagaimana untuk memperbaiki sihirnya dan juga menambah kekuatan sihirnya.Potter juga telah mendapat ajaran istimewa daripada Professor Dumbledore dimana dia telah mempelajari rahsia kegelapan Voldemorts dengan harapan dapat mencari jawapan untuk mengalahkan Voldemort yang mepunyai kehidupan yang abadi.

Harry juga perlu mencari Horcruxes dimana rahsia Voldemort berada.Harry juga jadi lebih stress dengan aktiviti mencurigakan Draco Malfoy yang selalu curi-curi keluar. Harry berpendapat Malfoy menghubungi Voldemort (memang btul pun). Harry jadi obsessed nak tahu ape yang Malfoy rancangkan dan telah menghentikan rancangan Malfoy itu.Walaupunbegitu, Harry dan rakan-rakan dia masih menjalani kehidupan harian, sibuk dengan kerja sekolah, bermain Quidditch (Harry jadi ketua pasukan) serta berkasih (jiwa remaja..biaselah..=p). Ron pun dah ade awek yeng bernama Lavender Brown yang merupakan pelajar Gryffindor menyebabkan Hermione tidak senang hati aka jealous.

Persahabatan Hermione dan Ron mengalami berbagai cabaran sepanjang tahun persekolahan dan Harry, seperti biasa, tersangkut ditengah-tengah. Harry menghadapi satu dilema percintaan: dia mula sedar yang dia jatuh hati kepada kakak kawan baiknya, Ginny Weasley, yang malangnya sedang berkasih dengan kawan sekelasnya, Dean Thomas. Harry gila bayang kepada Ginny dan hubungan Ron yang lucu dengan Lavender memberikan cerita ini satu dos besar sebuah kehidupan realiti.Harry telah dilumpuhkan dan disembunyikan menggunakan Jubah Lutsinarnya sendiri oleh Malfoy, tetapi berjaya diselamatkan oleh Luna Lovegood dengan mencari Harry menggunakan Spectrespecs.

Kemuncak kuasa kegelapan Voldemort jelas akan berlaku. Kemuncak penuh aksi pasti akan buat anda tergamam dan tidak dapat dielakkan, membuktikan bahawa anda harus berjaga-jaga untuk mempercayai semua orang yang anda fikir adalah baik serta membuktikan bahawa bukan semua orang dapat meneruskan hidup.Ending citer ni berakhir dengan kematian seorang yang sangat penting kepada Harry. Iaitu Dumbledore.

Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)Jalan citer ni penuh dengan aksi licik dan peperangan yang hebat. Ending boleh nak agak. Lagi-lagi sesiapa yang dah baca novel ni yang dah pun diterbitkan pada tahun 2005 lagi.Ending citer ni Dumbledore telah mati dan semua org jahat berpesta sebab tiada siapa lagi yg akan tolong Harry untuk mengalahkan Lord Voldermort.

No comments:

Post a Comment

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers