Sep 29, 2009

Sapa suruh?





At last berjaya dengan jayanya menghabeskan praktikum selama 12 minggu. Pada mulanya memang terasa macam lambat jer nak abes. Tapi bila dah sampai minggu akhir terasa macam cepat 12 minggu tu. Apapun banyak pengalaman, ilmu klentong(helah bela diri) yang berjaya ditapaw ke maktab. Bukan apa, buat bekalan di hari tua.


Isnin semalam merupakan hari pertama selepas 12minggu Makchek menjejakkan kaki ke IPGM Ipoh. wah banyak betol perubahan. Datang2 dah nampak bangunan Pas kat sebelah office. Dah tu yang bestnya geng2 spice gals sengaja datang lewat sebab kalo ikut jadual lama, ada kelas muzik satu jam sampai kol 9. Jadi nak escape aje la sbb slalunya xde benda sangat. Jadi sepakat la nak dtg lewat p maktab. Alih2 sampai je kat maktab, sekor budak kpli pon xnampak. Rupanya ada taklimat untuk pelatih2 kpli. kat dalam Dewan Sri melati pulak tu.Adehhhh cuak ada, takut pon ada, slamber pon ada. Sapa suruh datang lambat?

Sapa suruh datang lewat. Baru abes praktikum buat perangai pulak. Nak xnak kena masuk dalam jugak la dengar taklimat tu. Penting katanya. Kalo xmasuk, bnyak benda missed nanti. Tapi nak masuk, takut pastu malu sebab dh lewat sejam. Konfem kena punya ngan lecturer.

Nak dijadikan cerita, sedang kami melintasi DSM, En Zain keluar. Adehhh lagi. mana nak letak muka ni? takut punya pasal jalan xpandang belakang dah. Tapi biasalah orang buat salah memang nampak sangat perangainya. Kami dikejar en Zain! hahah macam lawak je. Dah tua bangka pon prangai macam bebudak.

Akhirnya terpaksa akur...tunduk malu. En Zain soh masuk jugak DSM dengar taklimat.Tapi yang jadi masalahnya dia soh masuk ikut pintu depan! gila malu weh. dah la datang lewat pastu masuk pintu depan! mana nak letak muka.Setelah dipaksa dan terpaksa, masuk jugak la melalui pintu depan. Masa tu Allah saja yang tahu betapa tebal brapa inci ntah muka Makchek.Sapa suruh?

moral of the story:

1. Jangan memandai buat andaian sendiri kata kelas xdak pagi tu.
2.Kalo dah buat salah kena berani tanggung semuanya sendiri.
3.Dalam keadaan terdesak, kadang2 kita berjaya menjadi sangat slumber yang sebelum nh kita xpernah terfikir pon nak buat.
4.Pasnh terfikir xakan buat lagi prangai macam ni.Malu mak bapak.Malu diri sendiri.
5.tak pasal2 dah dapat publisiti murahan pagi tuh. Tiba2 jadi popular. kalah budak laki pon xbuat.

Sep 17, 2009

Penang dulu ke Gerik dulu????

Penang (Taman Emas, Bayan Lepas)dulu ke gerik dulu? Belom puasa pon MakChek dah fikir nak balik raya mana dulu. Kalolah raya kat Penang dulu..... sebab Mak, kak ija ngan Ila ada kat sana. Lagipon depa 3orang je raya kat sana. Mak mesti xsedih kalo balik raya kat Penang. Lagipon belakang umah tu ada laut bleh la cari sipot kat tepi pantai...


Kalaulah beraya kat Gerik pulak (Felda Lawin selatan)...Adik beradik PakChek memang ramai.7orang semuanya...kalo terkurang sorang pon xpe still lagi meriah. Pastu plak umah PakChek plak dekat dengan Air Terjun Lata Ulu Lawin..Bak kata orang Banjar, nyamannnnn. Tambah plak mandi stelah penat mengemas rumah...wahh segar rasanya.Lagipon Abah ada tanam pokok buah-buahan macam cempedak, rambutan, durian...kalo ada rezeki raya nh dapat la merasa.








Ha nampak gayanya memang Gerik lah menjadi pilihan. Tapi apakan daya, hati mak sendiri kena jaga jugak. Jadi Mak Chek amek keputusan untuk beraya di Penang dahulu dan raya kedua baru balik Gerik...Jadi bleh la lama sikit kat Gerik..heheheh Betuah punya anak














Sep 16, 2009

Esok last p skolah..Hurray!

Sronok betol bila dapat tau Jumaat nh cuti raya..hahahah. Apa nak buat plak sementara nak tunggu Pak Chek dtg amek Mak Chek?

Baru teringat aritu makngah ajak kacau dodol.Entah bilanya la nak buat...Makngah asik xlarat je.Mungkin Jumaat nh bleh kot kacau dodol. Kalo nak buat arini Abangman pon xde lagi. P Lumut jumpa Abah angkat. Betuah orang ada abah angkat ni....

Rata2nya ramai la yang hepi dapat cuti Jumaat nh, tapi kena ganti balik 31 Oktober nh. Xte korang hepi2 dlu, susah kemudian la jawabnya. Mak Chek xpe, sebab pas raya nh dah masuk maktab pulak. Nak habiskan lagi sebulan dengan examnya, BTN dan induksi.

Sep 15, 2009

Selamat kembali ke rahmatullah....al-fatihah

Al-fatihah buat Allahyarham Fauzan 6P yang telah kembali ke rahmatullah. Baru je MakChek dapat berita daripada Cekgu Anees bgtau beliau telah meninggalkan kita semua. Jenazah mungkin dikebumikan di kampung neneknya dekat Sungkai.
Baru je selesai amek exam UPSR, belom pon seminggu tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Mungkin ada hikmah di atas semua ini.Buat keluarga Allahyarham, tabahlah menghadapi segala dugaan ini dan kepada kita yang sihat walafiat nh, sama2 lah beringat-ingat...nyawa kita mungkin ditarik bila2 masa sahaja. Persiapkanlah bekalan amalan secukupnya untuk bertemu Illahi kemudian hari.

Gudbye SKS....3 days to go

Salam kepada semua...hari nh MakChek membelog lagi. N3 arinh pasal seorang murid SKS yang sedang koma di Hospital Ipoh kerana kemalangan beberapa hari yang lepas. Sebenarnya MakChek xbrapa kenal ngan budak nh tapi pernah masuk kelas 6P untuk relief class.
Berita terbaru yang MakChek trima pagi tadi kata dia dah meninggal (sebelum p skolah) makngah yang bgtau. Tapi masa MakChek sampai disekolah, MakChek pun tanya la cekgu2 kat skolah kot diorang nak p mlawat, nak menumpang la...rupa2nya dia masih hidup.
Masyaallah....maafla kepada keluarga murid 6P tu ye. Kami hanya mendengar khabaran daripada mulut ke mulut, xtau kesahihannye. Jadi buat masa sekarang kami hanya menunggu berita daripada keluarga pelajar tersebut. Kebetulan beberapa orang guru merancang untuk melawat murid berkenaan sekejap lagi. Mudah-mudahan murid berkenaan cepat sedar dan sembuh.
Moral of the story berhati-hatilah semasa melintas jalan samada di siang hari mahupun di malam hari. Xmau kemalangan yang menimpa murid 6P berulang lagi.

Sep 14, 2009

Gudbye SKS....4 days to go

Hari ini hari Isnin, maka tinggal 4 hari lagi Mak Chek akan meninggalkan SKS. Macam-macam pengalaman yang telah dilalui sepanjang berpraktikum disini ataupun boleh disitilahkan pengalaman "berlakon".

Yela time ni la nk tunjuk suma keja kita bleh buat. Rajin la katakan...padahal hampeh. Walaupun Mak Chek 3 bulan kat sini, tapi rasa sekejap je masa berlalu. Sedar xsedar minggu nh mggu last Mak Chek berkhidmat di SKS. Walaupun berasa sedikit sedih tapi sebenarnya banyak yang gembiranya. Antaranya ialah


  1. Pasnh xyah nak bangun awal2 besiap nk p skolah.

  2. Tak perlu menensenkan kepala otak yang dah mmg ketandusan idea nak reka lesson plan yang best2.

  3. Bleh tido awal sebab sblom ni slalu tido lewat sebab nk siapkan lesson plan yang bermuka2.

  4. Bleh simpan duit buat Teaching aids untuk bayar bil broadband Mak Chek.

  5. haaa the best part xpayah la nak iron baju kelam kabut pagi2 sblom p skolah.

  6. Tak perlu Kecut perut bila En Shah dtg nak observe...no more pain.

  7. bleh relax skit Kajian Tindakan yang xpernah2 nye nak siap.

  8. xyah nak pikir Portfolio yang selalu akan di check oleh beliau. Gerun seh takut kena marah sbb xsiap.

Pendek kata sronok la abes praktikum nh. Tambahan pula kan kita nk sambut raya ujung minggu nh? haa lagi la best

Mamat Sejemput aka Paksu



Alkesah berbuka puasa dengan mee kari makngah. Kebetulan Paksu memang dah teringin sangat sampai mintak mak tok buatkan..


Malam tu lepas balik terawih teringat plak ada mee kari kat dapur.Jadi dengan yakinnya MakChek pun mencapai lah sebijik pinggan konon nak makan mee kari td.Buka aje tudung saji tengok2 clear mee yang tadinya sebelum p terawih banyak lagi.


Selidik punya selidik, memang xde orang len dah.Ni mesti Paksu punya kroje...Rupa2nya Paksu yang makan sampai abes dan dia tinggalkan sejemput je...sejemput.Kalo nak makan pon buat teselit celah gigi aje...


Paksu paksu....sebenarnya Paksu nh kalo dia suka sesuatu benda, dia suka makan berulang kali sampailah dia xlarat nk mkn dh..Semenjak dari hari itu, dapatlah satu gelaran baru buat Paksu..Mamat Sejemput.


Paksu=Mamat sejemput

Sep 5, 2009

Adding new raya song

Kalo nak diikutkan format radio kat Malaysia nh, depa akan memainkan lagu raya pada puasa ke 15 (kalo xsilap Mak Chek la). Jadi, Mak Chek ada la mentenet mencari lagu2 raya dolu2. Ada yang hepi, ada yang sedih, ada yang sayu...bak kata org penang perasaan tu caca marba la.

Paling sedih lagu Aishah.. ntah tetiba teringat balik suasana raya kat kampung. Kalaulah tokwan tak.....kalaulah xpindah ke Penang.....kalaulah adik beradik tak........Seronok rasanya bila ingat raya masa dulu2. Sekarang xdak dah nk merasa suma tu. Agaknya inilah hajat tokwan yang Allah kabulkan.

15 puasa


Malam esok, malam Nuzul Quran. Ustaz Munir cakap malam itu malam terjadinya Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada malam itu, sesiapa yang ingin berbuat jahat tidak akan berhasil. Selain itu, sesiapa yang ada niat buruk menyihir orang pada malam itu juga turut tidak akan berhasil. Pada malam Lailatul Qadar, semua makhluk Allah akan sujud beribadat kepadaNya. Nescaya sesiapa yang berdoa pada malm tersebut, doanya akan dimakbulkan.

Sama-samalah kita berpesan sesama sendiri akan malam yang dinantikan seluruh umat Islam di dunia ini dapat diisikan dengan ibadah.

Sep 4, 2009

Mane telo nye?

Seawal 7.30am warga SKS berkumpul di tapak perhimpunan untuk majlis perasmian Ehya Ramadhan..Walaupun dh masuk 2 mggu kita berpuasa, namun inilah kesempatan yang ada untuk melancarkan program Ehya Ramadhan...

Macam biasa la kalo perasmian mestilah ada potong-potong reben oleh GB. Kemudian ada la persembahan nashid daripada murid2 Tahun 5. Best la jugak xla boring sangat. Ok seterusnya Ceramah Nuzul al-Quran olehUstaz Munir...

Sebenarnya nk highlight kan kat sini ialah isi kandungan ceramah beliau...semasa bermulanya ceramah, cuaca memang dh panas. Tapi apalah salahnya dapat Vitamin E semulajadi gitu xyah amek supplement ln..budak2 dah xtentu arah. Panas dek cahaya matahari yg makin lama makin meninggi..bila dh panas mula la bising...bila dh bising mula la xdengar apa Ustaz nk cakap...jadi ustaz pon bukak satu cerita pasal "telur".Kisahnya begini...(nak tarik perhatian budak2 ni)

Pada suatu hari, si ibu menyuruh anaknya yang bernama Mamat pergi ke kedai membeli telur. Mamat dengan rela hatinya pon pergilah ke kedai untuk membeli telur.....dalam perjalanan membeli telur di kedai, si Mamat ternampak satu kemalangan yang Maha dasyat.Mamat menjadi lupa akan hajatnya ingin ke kedai membeli telur. Mamat berasa amat terkejut, teruja dan berasa ingin melihat dengan lebih dekat lagi kemalangan tersebut..

Setibanya Mamat di tempat kejadian, MasyaAllah Mamat melihat bahagian badan mangsa tercampak di sana sini. Kaki putus, kepala putus, tangan tercampak di tepi jalan, kaki tersepit dalam kereta. Nak dipendekkan cerita suma bahagian badan mangsa dah bergelimpang sana sini....sehinggakan Mamat lupa akan tugasnya ingin membeli telur di kedai. Mamat terus pulang ke rumahnya untuk memberitahu kepada ibunya...


Mamat: Ibu, tadi Mamat nampak satu kemalangan yg dasyat!mamat nampak kaki putus, kepala putus, tangan....bla..bla...bla..

tapi si ibu hanya bertanyakan satu soalan sahaja..
Ibu Mamat: Mane telonye?

Mamat menjawab dengan slumbernya
Mamat:Telo dia mamat xnampakla..

Ibu:????????????



So , moral of the story is jangan la soh Mamat beli telo lagi.

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers