Sep 29, 2009

Sapa suruh?





At last berjaya dengan jayanya menghabeskan praktikum selama 12 minggu. Pada mulanya memang terasa macam lambat jer nak abes. Tapi bila dah sampai minggu akhir terasa macam cepat 12 minggu tu. Apapun banyak pengalaman, ilmu klentong(helah bela diri) yang berjaya ditapaw ke maktab. Bukan apa, buat bekalan di hari tua.


Isnin semalam merupakan hari pertama selepas 12minggu Makchek menjejakkan kaki ke IPGM Ipoh. wah banyak betol perubahan. Datang2 dah nampak bangunan Pas kat sebelah office. Dah tu yang bestnya geng2 spice gals sengaja datang lewat sebab kalo ikut jadual lama, ada kelas muzik satu jam sampai kol 9. Jadi nak escape aje la sbb slalunya xde benda sangat. Jadi sepakat la nak dtg lewat p maktab. Alih2 sampai je kat maktab, sekor budak kpli pon xnampak. Rupanya ada taklimat untuk pelatih2 kpli. kat dalam Dewan Sri melati pulak tu.Adehhhh cuak ada, takut pon ada, slamber pon ada. Sapa suruh datang lambat?

Sapa suruh datang lewat. Baru abes praktikum buat perangai pulak. Nak xnak kena masuk dalam jugak la dengar taklimat tu. Penting katanya. Kalo xmasuk, bnyak benda missed nanti. Tapi nak masuk, takut pastu malu sebab dh lewat sejam. Konfem kena punya ngan lecturer.

Nak dijadikan cerita, sedang kami melintasi DSM, En Zain keluar. Adehhh lagi. mana nak letak muka ni? takut punya pasal jalan xpandang belakang dah. Tapi biasalah orang buat salah memang nampak sangat perangainya. Kami dikejar en Zain! hahah macam lawak je. Dah tua bangka pon prangai macam bebudak.

Akhirnya terpaksa akur...tunduk malu. En Zain soh masuk jugak DSM dengar taklimat.Tapi yang jadi masalahnya dia soh masuk ikut pintu depan! gila malu weh. dah la datang lewat pastu masuk pintu depan! mana nak letak muka.Setelah dipaksa dan terpaksa, masuk jugak la melalui pintu depan. Masa tu Allah saja yang tahu betapa tebal brapa inci ntah muka Makchek.Sapa suruh?

moral of the story:

1. Jangan memandai buat andaian sendiri kata kelas xdak pagi tu.
2.Kalo dah buat salah kena berani tanggung semuanya sendiri.
3.Dalam keadaan terdesak, kadang2 kita berjaya menjadi sangat slumber yang sebelum nh kita xpernah terfikir pon nak buat.
4.Pasnh terfikir xakan buat lagi prangai macam ni.Malu mak bapak.Malu diri sendiri.
5.tak pasal2 dah dapat publisiti murahan pagi tuh. Tiba2 jadi popular. kalah budak laki pon xbuat.

No comments:

Post a Comment

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers