Oct 29, 2009

Refleksi Pendek di pagi hari

Awal2 pagi Makngah dh kol. Ada gosip pendek katanya. Cu yang bagitau....aduh cepat btol berita sampai. Inilah keajaiban penggunaan teknologi sekarang. Apa2 berita cepat je sampai...

Ntah apa yg si laki bini BC + ST tu terfikir sampai termintak maaf balik kat bikna..ksian bikna tu xpasal2 kena hambur macam2.Agaknya memikirkan elaun bulan2 bela bapak ulaq takut kena potong la tu. Bab2 duit pandai pulak mintak maap. Benda laen xla pulak terfikir nak mntak maap.
Nasib baek la bapa ulaq tu dok situ, kalo dia xdok situ xmerasa la elaun bulan2 tuh..buat sesuatu nak kan balasan.

To bikna, raya aji nh blik la jumpa bapa ulaq mu itu. Benda dah setel jangan nak memikir macam2 lagi. biasala orang yang xdak akai mmg mcm tu, buat sesuatu tanpa berfikir dulu. konon belagak pandai.

Oct 28, 2009

Black Carat



Apa dia menatang Black Carat??adakah ia seekor binatang terbiar?ataupun seekor cicak hitam yang bleh tahan hitam taik hitamnya?ataupun seekor ular jantan yang liar? ular yang bisa yang membelit bapa ular?? bak kata si tompok bininya?Macam2 persoalan yang timbul. Kadang2 sampai xtahu nk describe apa sbnrnya si black carat dan si tompok. Apa sbnrnya tujuan Allah turunkan BC dan ST di atas muka bumi nh? adakah Allah ingin menguji makhluknya agar sentiasa bersabar terhadap atas semua yang berlaku?
Namun kesabaran ada batasnya...makhluk mana yang xtahan ditimpa hujan sahaja...adakalanya mereka mengharapkan panas juga. Diam xbererti kalah...apalah guna ilmu di dada jika perangai seperti BC dan ST? aku peringat pada diriku..aku manusia yang terpelajar. Jika aku berkelakuan seperti mereka ini, aku juga sama seperti mereka (BC san ST)...
Tuhan sentiasa menguji makhlukNya..kerana Allah sayang kepada mereka. Aku bertuah kerana Allah sayangkan aku.
Jika kerak nasi pun boleh lembut jika direndam dalam air, inikan pula hati manusia. Jika hati sentiasa teringat padaNya, merendahkan diri kepadaNya xkan terjadi dendam kesumat yang semakin hari semakin membara. Ingat lah BC dan ST, Allah itu Maha Kaya. Sekarang masa kau, esok lusa siapa tahu.
Sedangkan Nabi Muhammad saw mengampunkan umatnya, apatah lagi kita manusia yang sangat kurang ilmunya berbanding rasulullah? masyaallah...Cerminkan diri dahulu sebelum menuding kesalahan pada orang lain. Muhasabah diri dulu sebelum nak menyalahkan sapa2..aduhai Black Carat dan bininya Si Tompok.
agaknya inilah jodoh yang paling ideal yang Allah temukan Black Carat + Si Tompok = anak ulaq yang belit bapa ulaq...padan la. Sekarang pun anak ulaq tengah bela bapa ulaq. Bila xdak benda nak makan, sama2 belit sesama sendiri.

Sep 29, 2009

Sapa suruh?





At last berjaya dengan jayanya menghabeskan praktikum selama 12 minggu. Pada mulanya memang terasa macam lambat jer nak abes. Tapi bila dah sampai minggu akhir terasa macam cepat 12 minggu tu. Apapun banyak pengalaman, ilmu klentong(helah bela diri) yang berjaya ditapaw ke maktab. Bukan apa, buat bekalan di hari tua.


Isnin semalam merupakan hari pertama selepas 12minggu Makchek menjejakkan kaki ke IPGM Ipoh. wah banyak betol perubahan. Datang2 dah nampak bangunan Pas kat sebelah office. Dah tu yang bestnya geng2 spice gals sengaja datang lewat sebab kalo ikut jadual lama, ada kelas muzik satu jam sampai kol 9. Jadi nak escape aje la sbb slalunya xde benda sangat. Jadi sepakat la nak dtg lewat p maktab. Alih2 sampai je kat maktab, sekor budak kpli pon xnampak. Rupanya ada taklimat untuk pelatih2 kpli. kat dalam Dewan Sri melati pulak tu.Adehhhh cuak ada, takut pon ada, slamber pon ada. Sapa suruh datang lambat?

Sapa suruh datang lewat. Baru abes praktikum buat perangai pulak. Nak xnak kena masuk dalam jugak la dengar taklimat tu. Penting katanya. Kalo xmasuk, bnyak benda missed nanti. Tapi nak masuk, takut pastu malu sebab dh lewat sejam. Konfem kena punya ngan lecturer.

Nak dijadikan cerita, sedang kami melintasi DSM, En Zain keluar. Adehhh lagi. mana nak letak muka ni? takut punya pasal jalan xpandang belakang dah. Tapi biasalah orang buat salah memang nampak sangat perangainya. Kami dikejar en Zain! hahah macam lawak je. Dah tua bangka pon prangai macam bebudak.

Akhirnya terpaksa akur...tunduk malu. En Zain soh masuk jugak DSM dengar taklimat.Tapi yang jadi masalahnya dia soh masuk ikut pintu depan! gila malu weh. dah la datang lewat pastu masuk pintu depan! mana nak letak muka.Setelah dipaksa dan terpaksa, masuk jugak la melalui pintu depan. Masa tu Allah saja yang tahu betapa tebal brapa inci ntah muka Makchek.Sapa suruh?

moral of the story:

1. Jangan memandai buat andaian sendiri kata kelas xdak pagi tu.
2.Kalo dah buat salah kena berani tanggung semuanya sendiri.
3.Dalam keadaan terdesak, kadang2 kita berjaya menjadi sangat slumber yang sebelum nh kita xpernah terfikir pon nak buat.
4.Pasnh terfikir xakan buat lagi prangai macam ni.Malu mak bapak.Malu diri sendiri.
5.tak pasal2 dah dapat publisiti murahan pagi tuh. Tiba2 jadi popular. kalah budak laki pon xbuat.

my anniversary

Daisypath Anniversary tickers