~skkk~skmg~smsk~smksag~sms~mrsmbp~kmk~usm~mrsmmzms~spectrumlaboratories~ipgmipoh~skr~wifetoMohdshahrilhamsan~mammatomuhammadshaddadrayyan~hambaAllah~NabiMuhammadfollower~
Nov 12, 2011
Buat kali keduanya aku xdapat pindah......
Nov 2, 2011
renovation is still not finish yet
Mar 5, 2010
Esok Mesorat PIBG sk rasa
Feb 25, 2010
Almost 2 months im here......at RASA
Paling teRASA ialah duit poket asik kering jer.Gaji yang dinantikan x juga kunjung tiba.Katanya ujung bulan 3. Gasak la ko nak mencari duit time2 mcm nh mmg nak menagis RASAnya.
Yang teRASA jugak sekarang cuaca panas sangat. Korang mesti terasa jugak kan?tambahan berbadan dua skrg. Masa balik sekolah RASA bahangnya teramatlah perit. Agak kalo jemuq ikan masin pon bleh kering dogiang dalam masa sehari je.
Sekarang MakChek dah 21 minggu..kena menunggu lagi 19 minggu lagi sebelum mendeliverkan my first baby insyaallah...rasanya pergerakan agak terbatas. Dah xbleh jalan laju2 mcm dulu. Baju pon banyak dah xmuat sebab perut dah besaq...muka pon dah tembam..sebab makan banyak. Kejap2 mesti nak makan punya. Xkiralah kacang ke karipap ke kuih tart ke jeruk ke ape ke janji mulut bleh exercise.
Makchek baru peRASAn rupanya blog dah lama xupdate. Kalo nak diikutkan dah 3 bulan la dok memeram. Nak wat camna broadband xbleh pakai.
Kalo korang peRASAn jugak Makchek punya layout dah berubah wajah.tapi still xleh lari dari tema pink. Tensen xtau nak pilih warna apa sebab nampak pink je yang cantik...heheh orang pompuan mmg mcm tu.
Selain itu, skrg Makchek sibuk kat skolah.Biasalah baru nak biasakan diri dgn environment skolah. Banyak benda yang dah blajaq. Firstly tekejut beruk sbb diorg bg Makchek ngajaq KH...tu xpela lagi bukan subjek teras.Tapi yang membuat Makchek menitiskan air mata pada mulanya ialah nak tau apa?Makchek kena ngajaq BM. Subjek yang xpenah temimpi dan xingin mimpi pun kalo diberi peluang. Ada ke Makchek yang pure Science bagi ngajaq BM? ada logik ka? Tapi itulah yang terjadi.Apa jadi kat subjek Sc? dapat la ngajaq 2 kelas...Year 1 n Year 3. Tapi terkilan la jugak..sayang je ilmu Sains yang tersisa di dada...fuiyo tu la sape soh ngajaq BM? kan dah berpuitis..hahah
Oct 29, 2009
Refleksi Pendek di pagi hari
Ntah apa yg si laki bini BC + ST tu terfikir sampai termintak maaf balik kat bikna..ksian bikna tu xpasal2 kena hambur macam2.Agaknya memikirkan elaun bulan2 bela bapak ulaq takut kena potong la tu. Bab2 duit pandai pulak mintak maap. Benda laen xla pulak terfikir nak mntak maap.
Nasib baek la bapa ulaq tu dok situ, kalo dia xdok situ xmerasa la elaun bulan2 tuh..buat sesuatu nak kan balasan.
To bikna, raya aji nh blik la jumpa bapa ulaq mu itu. Benda dah setel jangan nak memikir macam2 lagi. biasala orang yang xdak akai mmg mcm tu, buat sesuatu tanpa berfikir dulu. konon belagak pandai.
Oct 28, 2009
Black Carat


Apa dia menatang Black Carat??adakah ia seekor binatang terbiar?ataupun seekor cicak hitam yang bleh tahan hitam taik hitamnya?ataupun seekor ular jantan yang liar? ular yang bisa yang membelit bapa ular?? bak kata si tompok bininya?Macam2 persoalan yang timbul. Kadang2 sampai xtahu nk describe apa sbnrnya si black carat dan si tompok. Apa sbnrnya tujuan Allah turunkan BC dan ST di atas muka bumi nh? adakah Allah ingin menguji makhluknya agar sentiasa bersabar terhadap atas semua yang berlaku?
Namun kesabaran ada batasnya...makhluk mana yang xtahan ditimpa hujan sahaja...adakalanya mereka mengharapkan panas juga. Diam xbererti kalah...apalah guna ilmu di dada jika perangai seperti BC dan ST? aku peringat pada diriku..aku manusia yang terpelajar. Jika aku berkelakuan seperti mereka ini, aku juga sama seperti mereka (BC san ST)...
Tuhan sentiasa menguji makhlukNya..kerana Allah sayang kepada mereka. Aku bertuah kerana Allah sayangkan aku.
Jika kerak nasi pun boleh lembut jika direndam dalam air, inikan pula hati manusia. Jika hati sentiasa teringat padaNya, merendahkan diri kepadaNya xkan terjadi dendam kesumat yang semakin hari semakin membara. Ingat lah BC dan ST, Allah itu Maha Kaya. Sekarang masa kau, esok lusa siapa tahu.
Sedangkan Nabi Muhammad saw mengampunkan umatnya, apatah lagi kita manusia yang sangat kurang ilmunya berbanding rasulullah? masyaallah...Cerminkan diri dahulu sebelum menuding kesalahan pada orang lain. Muhasabah diri dulu sebelum nak menyalahkan sapa2..aduhai Black Carat dan bininya Si Tompok.
agaknya inilah jodoh yang paling ideal yang Allah temukan Black Carat + Si Tompok = anak ulaq yang belit bapa ulaq...padan la. Sekarang pun anak ulaq tengah bela bapa ulaq. Bila xdak benda nak makan, sama2 belit sesama sendiri.
Sep 29, 2009
Sapa suruh?
At last berjaya dengan jayanya menghabeskan praktikum selama 12 minggu. Pada mulanya memang terasa macam lambat jer nak abes. Tapi bila dah sampai minggu akhir terasa macam cepat 12 minggu tu. Apapun banyak pengalaman, ilmu klentong(helah bela diri) yang berjaya ditapaw ke maktab. Bukan apa, buat bekalan di hari tua.
Isnin semalam merupakan hari pertama selepas 12minggu Makchek menjejakkan kaki ke IPGM Ipoh. wah banyak betol perubahan. Datang2 dah nampak bangunan Pas kat sebelah office. Dah tu yang bestnya geng2 spice gals sengaja datang lewat sebab kalo ikut jadual lama, ada kelas muzik satu jam sampai kol 9. Jadi nak escape aje la sbb slalunya xde benda sangat. Jadi sepakat la nak dtg lewat p maktab. Alih2 sampai je kat maktab, sekor budak kpli pon xnampak. Rupanya ada taklimat untuk pelatih2 kpli. kat dalam Dewan Sri melati pulak tu.Adehhhh cuak ada, takut pon ada, slamber pon ada. Sapa suruh datang lambat?
Sapa suruh datang lewat. Baru abes praktikum buat perangai pulak. Nak xnak kena masuk dalam jugak la dengar taklimat tu. Penting katanya. Kalo xmasuk, bnyak benda missed nanti. Tapi nak masuk, takut pastu malu sebab dh lewat sejam. Konfem kena punya ngan lecturer.
Nak dijadikan cerita, sedang kami melintasi DSM, En Zain keluar. Adehhh lagi. mana nak letak muka ni? takut punya pasal jalan xpandang belakang dah. Tapi biasalah orang buat salah memang nampak sangat perangainya. Kami dikejar en Zain! hahah macam lawak je. Dah tua bangka pon prangai macam bebudak.
Akhirnya terpaksa akur...tunduk malu. En Zain soh masuk jugak DSM dengar taklimat.Tapi yang jadi masalahnya dia soh masuk ikut pintu depan! gila malu weh. dah la datang lewat pastu masuk pintu depan! mana nak letak muka.Setelah dipaksa dan terpaksa, masuk jugak la melalui pintu depan. Masa tu Allah saja yang tahu betapa tebal brapa inci ntah muka Makchek.Sapa suruh?
moral of the story:
1. Jangan memandai buat andaian sendiri kata kelas xdak pagi tu.
2.Kalo dah buat salah kena berani tanggung semuanya sendiri.
3.Dalam keadaan terdesak, kadang2 kita berjaya menjadi sangat slumber yang sebelum nh kita xpernah terfikir pon nak buat.
4.Pasnh terfikir xakan buat lagi prangai macam ni.Malu mak bapak.Malu diri sendiri.
5.tak pasal2 dah dapat publisiti murahan pagi tuh. Tiba2 jadi popular. kalah budak laki pon xbuat.
Sep 17, 2009
Penang dulu ke Gerik dulu????
Kalaulah beraya kat Gerik pulak (Felda Lawin selatan)...Adik beradik PakChek memang ramai.7orang semuanya...kalo terkurang sorang pon xpe still lagi meriah. Pastu plak umah PakChek plak dekat dengan Air Terjun Lata Ulu Lawin..Bak kata orang Banjar, nyamannnnn. Tambah plak mandi stelah penat mengemas rumah...wahh segar rasanya.Lagipon Abah ada tanam pokok buah-buahan macam cempedak, rambutan, durian...kalo ada rezeki raya nh dapat la merasa.


Sep 16, 2009
Esok last p skolah..Hurray!
Baru teringat aritu makngah ajak kacau dodol.Entah bilanya la nak buat...Makngah asik xlarat je.Mungkin Jumaat nh bleh kot kacau dodol. Kalo nak buat arini Abangman pon xde lagi. P Lumut jumpa Abah angkat. Betuah orang ada abah angkat ni....
Rata2nya ramai la yang hepi dapat cuti Jumaat nh, tapi kena ganti balik 31 Oktober nh. Xte korang hepi2 dlu, susah kemudian la jawabnya. Mak Chek xpe, sebab pas raya nh dah masuk maktab pulak. Nak habiskan lagi sebulan dengan examnya, BTN dan induksi.
Sep 15, 2009
Selamat kembali ke rahmatullah....al-fatihah
Gudbye SKS....3 days to go
Sep 14, 2009
Gudbye SKS....4 days to go
Yela time ni la nk tunjuk suma keja kita bleh buat. Rajin la katakan...padahal hampeh. Walaupun Mak Chek 3 bulan kat sini, tapi rasa sekejap je masa berlalu. Sedar xsedar minggu nh mggu last Mak Chek berkhidmat di SKS. Walaupun berasa sedikit sedih tapi sebenarnya banyak yang gembiranya. Antaranya ialah
- Pasnh xyah nak bangun awal2 besiap nk p skolah.
- Tak perlu menensenkan kepala otak yang dah mmg ketandusan idea nak reka lesson plan yang best2.
- Bleh tido awal sebab sblom ni slalu tido lewat sebab nk siapkan lesson plan yang bermuka2.
- Bleh simpan duit buat Teaching aids untuk bayar bil broadband Mak Chek.
- haaa the best part xpayah la nak iron baju kelam kabut pagi2 sblom p skolah.
- Tak perlu Kecut perut bila En Shah dtg nak observe...no more pain.
- bleh relax skit Kajian Tindakan yang xpernah2 nye nak siap.
- xyah nak pikir Portfolio yang selalu akan di check oleh beliau. Gerun seh takut kena marah sbb xsiap.
Pendek kata sronok la abes praktikum nh. Tambahan pula kan kita nk sambut raya ujung minggu nh? haa lagi la best
Mamat Sejemput aka Paksu


Sep 5, 2009
Adding new raya song
Paling sedih lagu Aishah.. ntah tetiba teringat balik suasana raya kat kampung. Kalaulah tokwan tak.....kalaulah xpindah ke Penang.....kalaulah adik beradik tak........Seronok rasanya bila ingat raya masa dulu2. Sekarang xdak dah nk merasa suma tu. Agaknya inilah hajat tokwan yang Allah kabulkan.
15 puasa

Malam esok, malam Nuzul Quran. Ustaz Munir cakap malam itu malam terjadinya Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada malam itu, sesiapa yang ingin berbuat jahat tidak akan berhasil. Selain itu, sesiapa yang ada niat buruk menyihir orang pada malam itu juga turut tidak akan berhasil. Pada malam Lailatul Qadar, semua makhluk Allah akan sujud beribadat kepadaNya. Nescaya sesiapa yang berdoa pada malm tersebut, doanya akan dimakbulkan.
Sama-samalah kita berpesan sesama sendiri akan malam yang dinantikan seluruh umat Islam di dunia ini dapat diisikan dengan ibadah.
Sep 4, 2009
Mane telo nye?
Macam biasa la kalo perasmian mestilah ada potong-potong reben oleh GB. Kemudian ada la persembahan nashid daripada murid2 Tahun 5. Best la jugak xla boring sangat. Ok seterusnya Ceramah Nuzul al-Quran olehUstaz Munir...
Sebenarnya nk highlight kan kat sini ialah isi kandungan ceramah beliau...semasa bermulanya ceramah, cuaca memang dh panas. Tapi apalah salahnya dapat Vitamin E semulajadi gitu xyah amek supplement ln..budak2 dah xtentu arah. Panas dek cahaya matahari yg makin lama makin meninggi..bila dh panas mula la bising...bila dh bising mula la xdengar apa Ustaz nk cakap...jadi ustaz pon bukak satu cerita pasal "telur".Kisahnya begini...(nak tarik perhatian budak2 ni)
Pada suatu hari, si ibu menyuruh anaknya yang bernama Mamat pergi ke kedai membeli telur. Mamat dengan rela hatinya pon pergilah ke kedai untuk membeli telur.....dalam perjalanan membeli telur di kedai, si Mamat ternampak satu kemalangan yang Maha dasyat.Mamat menjadi lupa akan hajatnya ingin ke kedai membeli telur. Mamat berasa amat terkejut, teruja dan berasa ingin melihat dengan lebih dekat lagi kemalangan tersebut..
Setibanya Mamat di tempat kejadian, MasyaAllah Mamat melihat bahagian badan mangsa tercampak di sana sini. Kaki putus, kepala putus, tangan tercampak di tepi jalan, kaki tersepit dalam kereta. Nak dipendekkan cerita suma bahagian badan mangsa dah bergelimpang sana sini....sehinggakan Mamat lupa akan tugasnya ingin membeli telur di kedai. Mamat terus pulang ke rumahnya untuk memberitahu kepada ibunya...
Mamat: Ibu, tadi Mamat nampak satu kemalangan yg dasyat!mamat nampak kaki putus, kepala putus, tangan....bla..bla...bla..
tapi si ibu hanya bertanyakan satu soalan sahaja..
Ibu Mamat: Mane telonye?
Mamat menjawab dengan slumbernya
Mamat:Telo dia mamat xnampakla..
Ibu:????????????
So , moral of the story is jangan la soh Mamat beli telo lagi.
Aug 22, 2009
Lagu best
Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu
Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku
Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu
Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu...
baru posa dh ingat nak raya!
Bak kata orang zaman dh maju dunia pun dah berubah. Pagi raya kami sepupu sepapat ada agenda tersendiri. Kami berposing...hahahaha. Mana2 p mesti bawak kemre punya. Antara geng sepupu sepapat yang masih dalam persatuan ini ialah ila (adik Mak Chek), Kak Ija (kakak Mak Chek), Kak Long (bila la nk kawin), Kak Na (ujung tahun nh kawin), bikna (mak menakan pon blom kawin) dan kakmila (baru bersalin 2minggu sudah)...
Raya tahun nh nk pakai baju apa ek?
Jul 31, 2009
Harry Potter & The half Blood Prince
Set Hogwarts School digunakan untuk kali terakhir. Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson memakai baju 'sekolah' mereka buat kali terakhir. Ape pulak yg diorang akan pakai semasa sequel yang berikutnya nanti? Hmmm..ntahla..oklah..Mak Chek story ckit pasal citer ni..
Tahun keenam Harry Potter di Hogwarts ternyata merupakan detik paling best bagi harry potter. Ketibaan seorang guru baru di Hogwarts, Horace Slughorn, menambah perasa dalam kehidupan harry potter di Hogwarts.Harry potter telah terjumpe satu buku Potion (magik) lama yang dipunyai oleh seorang yang penuh dengan misteri iaitu Half-Blood Prince. Buku tu telah mengajar potter bagaimana untuk memperbaiki sihirnya dan juga menambah kekuatan sihirnya.Potter juga telah mendapat ajaran istimewa daripada Professor Dumbledore dimana dia telah mempelajari rahsia kegelapan Voldemorts dengan harapan dapat mencari jawapan untuk mengalahkan Voldemort yang mepunyai kehidupan yang abadi.
Harry juga perlu mencari Horcruxes dimana rahsia Voldemort berada.Harry juga jadi lebih stress dengan aktiviti mencurigakan Draco Malfoy yang selalu curi-curi keluar. Harry berpendapat Malfoy menghubungi Voldemort (memang btul pun). Harry jadi obsessed nak tahu ape yang Malfoy rancangkan dan telah menghentikan rancangan Malfoy itu.Walaupunbegitu, Harry dan rakan-rakan dia masih menjalani kehidupan harian, sibuk dengan kerja sekolah, bermain Quidditch (Harry jadi ketua pasukan) serta berkasih (jiwa remaja..biaselah..=p). Ron pun dah ade awek yeng bernama Lavender Brown yang merupakan pelajar Gryffindor menyebabkan Hermione tidak senang hati aka jealous.
Persahabatan Hermione dan Ron mengalami berbagai cabaran sepanjang tahun persekolahan dan Harry, seperti biasa, tersangkut ditengah-tengah. Harry menghadapi satu dilema percintaan: dia mula sedar yang dia jatuh hati kepada kakak kawan baiknya, Ginny Weasley, yang malangnya sedang berkasih dengan kawan sekelasnya, Dean Thomas. Harry gila bayang kepada Ginny dan hubungan Ron yang lucu dengan Lavender memberikan cerita ini satu dos besar sebuah kehidupan realiti.Harry telah dilumpuhkan dan disembunyikan menggunakan Jubah Lutsinarnya sendiri oleh Malfoy, tetapi berjaya diselamatkan oleh Luna Lovegood dengan mencari Harry menggunakan Spectrespecs.
Kemuncak kuasa kegelapan Voldemort jelas akan berlaku. Kemuncak penuh aksi pasti akan buat anda tergamam dan tidak dapat dielakkan, membuktikan bahawa anda harus berjaga-jaga untuk mempercayai semua orang yang anda fikir adalah baik serta membuktikan bahawa bukan semua orang dapat meneruskan hidup.Ending citer ni berakhir dengan kematian seorang yang sangat penting kepada Harry. Iaitu Dumbledore.
Spoiler (amaran: jgn baca klu nk tonton cite ni!)Jalan citer ni penuh dengan aksi licik dan peperangan yang hebat. Ending boleh nak agak. Lagi-lagi sesiapa yang dah baca novel ni yang dah pun diterbitkan pada tahun 2005 lagi.Ending citer ni Dumbledore telah mati dan semua org jahat berpesta sebab tiada siapa lagi yg akan tolong Harry untuk mengalahkan Lord Voldermort.
Jul 22, 2009
Cikgu Bm jadi Gila
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

